Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam
mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika
waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman
Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad),
mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan
mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri
dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang
darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh)
sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka
datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada
kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,
dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah
Al-Baqarah 2:222)
Didalam
Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita
yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun
mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia
telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad
dan Tarmuzi)
Imam Al
Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata,
“Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan
sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih
dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan
hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang
dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan
Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di
Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko
jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan
hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat
Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And
Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan
Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New
Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995
melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami
pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko
dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan
itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika
haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.
Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang
teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler
dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester
Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal,
yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami
masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya
kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko
tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau
ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic
Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub
fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga
menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko
untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang
melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya
tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan
asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika
wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru
memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya
apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang
demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam
adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut
kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri
bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu
tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut
Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq
bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya
sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali
bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
sumber artikel : HarianMetroOnline
Tidak ada komentar:
Posting Komentar